SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG CILA BINTI DAUD (D20102044773)


Sunday 9 October 2011

Dua jenis keladi yang popular di Malaysia ialah jenis Xanthosoma dan Colocasia.  Jenis Xanthosoma dikenali sebagai Keladi Telur dan biasanya ditanam di sekeliling rumah.  Jenis Colocasia pula adalah lebih popular kerana ianya diusahakan secara komersial. Di samping menjadi pemakanan yang mengandungi nutrien yang tinggi jenis keladi tertentu telah digunakan sebagai tanaman ubat. Contohnya keladi tikus kerana mampu melemahkan sel kanser dan menghalang sel kanser kembali aktif.
Lobak putih atau nama saintifiknya adalah Brassica rapa dan berasal daripada keluarga Crucifera. Sayur ini mengandungi kandungan air, glukos, sokros dan fruktos yang amat banyak. Lobak putih juga kaya dengan asid ferulik, asid benzo-pyruvik dan asid amino. Masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidakhadaman makanan dan keadaan ini sungguh menyakitkan seluruh badan. Ramai yang tidak mengetahui yang lobak putih mempunyai kandungan khasiat yang tinggi dan sayur ini dapat menyelesaikan masalah penghadaman

SAYUR JENIS UBI

KENTANG
Ubi Kentang berasal dari keluarga Solanaceae, dan merupakan sejenis sayuran yang paling popular di seluruh dunia.Ubi kentang kaya dengan karbohidrat dan zat galian terutamanya dibahagian kulit.
Ubi kentang juga boleh digunakan sebagai ubat rawatan tradisional. Sayur ini berkesan untuk merawat penyakit batu karang dan juga mengatasi masalah jerawat dan bisul. Caranya adalah dengan mengadun ubi kentang dengan sedikit air kemudian disapu ke atas jerawat atau bisul yang sudah pecah sebelum ditutup dan dibalut dengan kain bersih. Cara rawatan yang sama juga digunakan bagi merawat kudis atau luka.

TIMUN
Timun juga dikenali sebagai mentimun atau nama saintifiknya ialah Cucumis sativus . Sayur ini mengandungi protein, lemak dan karbohidrat. Selain itu timun juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A,vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C.
Kelebihan biji timun pula ialah mengandungi racun alkoloid jenis hipoxanti ,yang berkesan untuk merawat kanak-kanak yang kecacingan. Bagi mereka yang menhidapi sakit tekak apabila diserang batuk , penyakit ini dapat dirawat dengan biji timun dimana sedikit biji timun dicampurkan dengan sedikit garam dan dikumuh beberapa kali sehari.
Selain itu, jika berasa pening-pening yang berterusan sehingga dapat menurunkan berat badan juga dapat diatasi dengan pengamalan makan timun mentah atau yang telah dimasak. Timun juga dapat mengubati penyakit disesteri iaitu keluar darah semasa membuang air besar.

PERIA
Peria atau nama sainsnya Momordica charantia adalah sejenis sayur yang rasanya amat pahit. Walaupun pahit, terdapat seribu satu khasiat untuk menjaga kesihatan tubuh badan.
peria adalah penawar kepada pesakit yang menghidapi penyakit kencing manis. Buah ini mengandungi bahan yang menyerupai insulin didapati berkesan dalam menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing. Penghidap kencing manis mestilah menjadikan jus peria ini sebagai satu jus minuman harian, terutama sekali sebelum sarapan. Selain itu peria juga dapat meredakan dan menyembuhkan penyakit batuk yang menyerang kanak-kanak.

Saturday 8 October 2011

SAYUR JENIS BUAH


TOMATO
 Nama sainsnya adalah Iycopersicon esculentum.Merupakan sayur yang digemari oleh orang ramai dan boleh dimakan secara mentah atau dimasak.Berasal dari kelurga Solanaceae, kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C dimana diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan.Ia juga baik untuk melicinkan kulit dan merupakan salah satu bahan awet yang penting .
Satu kajian terbaru di amerika syarikat telah menunjukkan bahawa pigman merah yang terdapat pada kulit tomato mengandungi sejenis bahan yang dikenali sebagai Iycopene yang mana boleh mengurangkan risiko di kalangan kaum lelaki daripada mendapat penyakit barah prostat.Dalam kajian tersebut, amalan memakan 10 biji tomato seminggu boleh kurangkan risiko sehingga 45%.
 
KUBIS
Kubis juga dikenali sebagai Brassica oleracea iaitu merupakan nama sains bagi bunga kubis.Sayur ini berasal dari keluarga Brassica. Sayur ini mengandungi belerang, iaitu sejenis zat galian yang penting untuk kesihatan. Kubis bukan sahaja berkesan untuk mengubat penyakit ulser dan barah malahan juga berkesan untuk mengubati masalah –masalah lain di usus.Kubis yang kaya dengan kalsium, fosforus, zat besi, sodium, potasium dan vitamin A, B- Kompleks dan C dapat meredakan masalah di bahagian perut dan hati seperti yang dialami oleh mereka yang lali arak. Selain itu, Kompaun belerang dalam kubis dapat menghindarkan pengeluran carcinogen, sejenis bahan kimia berbahaya dalam tubuh badan. kebaikan  jika kerap makan kubis dapat menghalang carcinogen daripada bergabung menjadi sel-sel darah. Selain itu asid amino yang mengandungi belerang dalam kubis juga bertindak menurunkan paras kolestrol , meredakan saraf dan menenangkan fikiran dan sekaligus membantu seseorang itu tidur dengan selesa pada waktu malam.

Monday 3 October 2011

Sayur jenis daun


Bayam merupakan sejenis sayuran hijau yang kaya dengan vitamin A, C dan E serta zat besi seperti fosforus, besi, sodium potasium, magnasium mangan dan zink. Sayur ini dikenali sebagai Spinacia oleracea dari segi saintifiknya. Sayur bayam terdiri daripada bayam hijau dan bayam merah.
Jus bayam mengandungi zat besi secukupnya untuk mengatasi masalah-masalah seperti anemia sejenis penyakit kurang darah. Kaedahnya adalah dengan mengisar daun bayam dengan segelas air dan diminum dua kali sehari.
Sebilangan besar wanita seringkali kekurangan zat besi apabila didatangi haid pada setiap bulan. Jus bayam yang dicampur dengan jus lobak merah atau jus tomato boleh membekalkan zat besi secukupnya untuk menambah tenaga mereka kerana jus bayam mengandungi asid aksalik dan penambahan jus-jus lain dapat mengatasi kesan-kesan keasidannya.

Sayur-sayuran

Pengenalan

Selamat datang ke Blog Cikgu Cila,

Secara jujur ingin saya nyatakan disini bahawa ini adalah merupakan kali pertama saya membuat blog. Blog ini adalah salah satu tugasan yang dikehendaki oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam subjek KRT 3010 Teknologi Maklumat Sekolah Rendah.

Tajuk yang saya pilih ialah Jenis-jenis Sayuran. Tajuk ini berkait dengan tema dalam buku teks Bahasa Malaysia tahun 1 iaitu Mari Bertani. Saya dapati murid agak keliru dengan jenis-jenis sayur yang pelbagai seperti sayur daun, sayur buah dan sayur jenis ubi.